Moto

Wednesday, January 11, 2012

Latar Belakang SK Kuala Tahan

Sekolah Kebangsaaan Kuala Tahan telah dibuka pada 09 Februari 1960, dengan menggunakan sebuah bangunan dua bilik . Pada permulaan ianya dibuka hanya terdapat seramai 30 orang murid sahaja .
     Dari masa ke semasa, sekolah ini telah berkembang dengan pesat. Pertambahan bangunan dan peningkatan kemudahan sentiasa berlaku. Kini terdapat 11 buah bangunan setingkat dan 2 blok bangunan 3 tingkat baru yang meliputi bilik darjah, pejabat pentadbiran, Bilik Guru, Pusat Sumber, Asrama, Dewan Makan, Pusat Kegiatan Guru dan Makmal Komputer. Dua blok bangunan tersebut telah digunakan sepenuhnya pada 24 Januari 2005. kedua– dua bangunan ini telah dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan  yang lebih lengkap sesuai dengan keperluan pendidikan masa kini.
     Sekolah ini juga mempunyai seramai 31 orang guru yang terdiri daripada 12 orang guru lelaki dan 19 orang guru perempuan, seorang Pembantu Tadbir, seorang Penyelia Asrama, 4 orang PPM, seorang Juruteknik Komputer, Pembantu Am Rendah, Pekerja  Rendah Awam Swasta 5 orang dan 7 orang Pegawai Keselamatan bagi membantu melicinkan pentadbiran sekolah.
Pelajar di sekolah ini juga semakin bertambah dari masa ke semasa.  Sehingga kini sekolah ini telah menampung seramai 325 orang pelajar yang terdiri dari 162 pelajar lelaki dan 153 pelajar perempuan, yang terbahagi kepada 12 buah kelas dan 2 buah Pra Sekolah.
Sekolah ini terletak 70 km dari Bandar Jerantut.Memandangkan Kuala Tahan terkenal dengan Taman Negara,maka tidak ketingalan juga sekolah ini terkena tempiasnya. Sekolah ini sering terima kunjung pelawat yang datang ke Taman Negara dan membuat lawatan sambil belajar di sekolah ini.Diantaranya pelajar-pelajar dari Institusi Pendidikan Awam,Swasta dan sekolah-sekolah Antarabangsa di dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment