Sekolah Kebangsaaan Kuala
Tahan telah dibuka pada 09 Februari 1960, dengan menggunakan sebuah bangunan
dua bilik . Pada permulaan ianya dibuka hanya terdapat seramai 30 orang murid
sahaja .
Dari
masa ke semasa, sekolah ini telah berkembang dengan pesat. Pertambahan bangunan
dan peningkatan kemudahan sentiasa berlaku. Kini terdapat 11 buah bangunan
setingkat dan 2 blok bangunan 3 tingkat baru yang meliputi bilik darjah,
pejabat pentadbiran, Bilik Guru, Pusat Sumber, Asrama, Dewan Makan, Pusat Kegiatan
Guru dan Makmal Komputer. Dua blok bangunan tersebut telah digunakan sepenuhnya
pada 24 Januari 2005. kedua– dua bangunan ini telah dilengkapi dengan kemudahan
dan peralatan yang lebih lengkap sesuai
dengan keperluan pendidikan masa kini.
Sekolah ini juga mempunyai seramai 31 orang guru yang terdiri daripada
12 orang guru lelaki dan 19 orang guru perempuan, seorang Pembantu Tadbir,
seorang Penyelia Asrama, 4 orang PPM, seorang Juruteknik Komputer, Pembantu Am
Rendah, Pekerja Rendah Awam Swasta 5
orang dan 7 orang Pegawai Keselamatan bagi membantu melicinkan pentadbiran
sekolah.
Pelajar di sekolah ini juga
semakin bertambah dari masa ke semasa.
Sehingga kini sekolah ini telah menampung seramai 325 orang pelajar yang
terdiri dari 162 pelajar lelaki dan 153 pelajar perempuan, yang terbahagi
kepada 12 buah kelas dan 2 buah Pra Sekolah.
Sekolah ini terletak 70 km
dari Bandar Jerantut.Memandangkan Kuala Tahan terkenal dengan Taman Negara,maka
tidak ketingalan juga sekolah ini terkena tempiasnya. Sekolah ini sering terima
kunjung pelawat yang datang ke Taman Negara dan membuat lawatan sambil belajar
di sekolah ini.Diantaranya pelajar-pelajar dari Institusi Pendidikan
Awam,Swasta dan sekolah-sekolah Antarabangsa di dalam dan luar negara.
